MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERASMIAN HARI PENYAKIT PARU-PARU OBSTRUKTIF KRONIK (COPD) SEDUNIA DI KUALA LUMPUR.

20 November 2024- YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni merasmikan Hari Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik (COPD) Sedunia di Kuala Lumpur.

Ketahui Fungsi Paru-Paru Anda atau (Know Your Lung Function) merupakan tema yang dipilih untuk sambutan pada tahun ini. Masyarakat umumnya kurang memberi perhatian kepada fungsi dan kesihatan paru—paru kerana tidak seperti jantung, paru-paru bukan suatu organ yang mengeluarkan bunyi.

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa COPD akan menjadi punca kematian ketiga terbesar di seluruh dunia menjelang tahun 2030. Di Malaysia, COPD merupakan isu kesihatan awam yang signifikan, dengan peningkatan kadar prevalens dan kematian yang melebihi purata global. Pada tahun 2022, penyakit pernafasan kronik bahagian bawah adalah punca kematian ketujuh terbesar di Malaysia, dengan COPD mencatatkan kira-kira 2,270 kematian.

Faktor risiko utama bagi COPD termasuk pendedahan jangka panjang kepada asap rokok, pencemaran udara, habuk dan bahan kimia pekerjaan, serta kecenderungan genetik. Faktor-faktor ini menyumbang kepada simptom-simptom yang melemahkan bagi COPD, yang memberi impak besar terhadap kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka.

Turut hadir Dr Nor Hazlin Talib, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Keluarga (FMSA), Encik Vinod Narayanan, Presiden AstraZeneca Malaysia, dan Dr Noraryana Hassan, Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit), Kementerian Kesihatan Malaysia.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-11-22 11:29:41 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page