MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL BATU GAJAH, PERAK.

21 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Batu Gajah, Perak.

Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah disambut oleh warga kerja Hospital Batu Gajah diikuti dengan satu taklimat ringkas. Lawatan kerja diteruskan dengan tinjauan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad ke Wad Respiritori (Wad 2) lelaki dan Wanita serta wad kanak-kanak dan menyatuni pesakit dan petugas kesihatan.

Hospital Batu Gajah dibina pada tahun 1880 dan tberusia 144 tahun adalah merupakan Hospital kedua tertua di Negeri Perak. Hospital Batu Gajah merupakan salah sebuah Hospital Kluster Ipoh dan menawarkan pelbagai perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah Pembedahan Am, Orthopedik, Anestesia, Pediatrik, Palliatif, Rehabilitasi, Kecemasan, Radiologi Dan sebagainya.

Hospital Batu Gajah mempunyai sejumlah 160 katil rasmi dan 7 buah wad dan menyediakan perkhidmatan kepada 190,000 orang di (Kinta selatan).

Turut hadir YBhg Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-11-22 13:08:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page