23 November 2024- Hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 diserikan dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Acara kemuncak di Majlis Perasmian 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 ialah Sesi Townhall bersama YAB Perdana Menteri yang meliputi topik seperti merakyatkan perkhidmatan awam dan reformasi tatakelola dalam perkhidmatan awam.
Majlis Perasmian tersebut diakhiri dengan pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur - Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia yang ditandatangani oleh semua Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, menandakan komitmen semua penjawat awam sama ada di peringkat Pusat atau negeri untuk meningkatkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YBhg Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia antara jemputan yang hadir ke majlis ini yang turut dihadiri oleh barisan Menteri Kabinet, Ketua-ketua Setiausaha, Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, penjawat awam, pemain industri dan orang awam.
“MADANI di hati, rakyat disantuni”
Kemaskini pada 2024-11-27 14:12:36 daripada UKK Norhanita