23 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia berkesempatan menghadiri Sesi Walkabout ke reruai perkhidmatan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Antara reruai yang dikunjungi ialah reruai Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Jom Singgah Urut, Jom Connect With MENTARI, Kenali Ubat Anda, KKM & Swasta Untuk Rakyat, Nak Cantik? Nak Flawless? dan Jom Periksa Mulut Sendiri.
Turut hadir dan sama-sama mengiringi semasa Sesi Walkabout ini ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBrs. Puan Norli binti Karim, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM.
“MADANI di hati, rakyat disantuni”
Kemaskini pada 2024-11-27 14:34:10 daripada UKK Norhanita