MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN BERKENAN BERANGKAT MENCEMAR DULI MENGURNIAKAN ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT KEPADA YBHG TAN SRI DATO’ DR. YAHYA AWANG

24 November 2024- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkenan berangkat mencemar duli mengurniakan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada YBhg Tan Sri Dato’ Dr. Yahya Awang. Majlis yang penuh bersejarah ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Persatuan Pembedahan Torasik & Kardiovaskular Malaysia (MATCVS) dengan penuh bangga telah memilih Tan Sri Dato’ Dr. Yahya Awang sebagai penerima ulung bagi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sempena Kongres Tahunan Ke-32 Persatuan Pakar Bedah Torasik dan Kardiovaskular Asia (ATCSA) 2024. Tan Sri Dato’ Dr Yahya Awang, merupakan seorang Pakar Bedah Jantung yang terkemuka dan telah memainkan peranan penting dalam membentuk sektor penjagaan kesihatan Malaysia. Dr. Yahya terus memberi inspirasi kepada generasi profesional penjagaan kesihatan akan datang, meninggalkan legasi yang berkekalan dalam bidang perubatan.

Antara kejayaan signifikan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Yahya Awang adalah penubuhan Institut Jantung Negara (IJN), sebuah kemudahan bertaraf dunia yang terus menetapkan piawaian penjagaan jantung di rantau ini. Di bawah kepimpinan Tan Sri, IJN menjadi mercu tanda kecemerlangan dalam kedua-dua rawatan perubatan maju dan penjagaan pesakit yang penuh belas kasihan.

YB Menteri Kesihatan turut menyatakan penghargaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada sumbangan besar Tan Sri Dr. Yahya kepada sistem kesihatan negara.

Turut hadir mengiringi keberangkatan DYMM Tuanku ialah DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, YBhg. Dato’ Dr Basheer Ahamed Abdul Kareem, President MATCVS dan YBhg. Dato’ Seri Dr. Jeswant Dillion, Timbalan Presiden MATCVS.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-11-27 14:44:52 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page