26 November 2024- YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak (JKK BBMKK) Bilangan 2 Tahun 2024 di Parlimen.
Hadir sama dalam mesyuarat ini, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Timbalan-Timbalan Menteri dan Pengurusan Tertinggi KKM.
Mesyuarat ini diadakan untuk memperhalusi pelaksanaan empat (4) inisiatif penting yang terdapat di dalam Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan (BBM) dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023–2030.
YAB Timbalan Perdana Menteri, turut menyatakan dalam mesyuarat ini supaya semua pihak merentasi Kementerian dan agensi untuk berkerjasama memastikan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah BBM dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia dapat dilaksanakan secara bersepadu dan efektif demi kelangsungan kehidupan seluruh rakyat Malaysia.
Kemaskini pada 2024-11-27 16:07:54 daripada UKK Norhanita