MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI KE-10 (10TH INTRACOM) DI INSTITUT KESIHATAN NEGARA, SETIA ALAM.

27 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Persidangan Antarabangsa Perubatan Tradisional dan Komplementari ke-10 (10TH INTRACOM) di Institut Kesihatan Negara, Setia Alam.

Bertemakan “Perubatan Tradisional dan Komplementari dalam Era Digital”, persidangan ini bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam memacu penjagaan kesihatan integratif melalui perkongsian data dan kebolehoperasian, mempromosi inovasi dalam peralatan digital untuk menyokong penjagaan holistik dan model berasaskan bukti serta berkongsi pengetahuan dan mewujudkan jalinan hubungan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan tentang solusi digital dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari (PT&K).

Majlis turut menyaksikan pelancaran dokumen yang bertajuk “Research Priorities in T&CM for Malaysia (2024-2029)”. Dokumen ini menetapkan hala tuju penyelidikan PT&K di Malaysia, memberi tumpuan dalam menangani jurang sedia ada dan menyediakan bukti bagi memangkinkan kemajuan PT&K di Malaysia, seterusnya memudahkan pengintegrasian ke dalam penjagaan kesihatan moden serta menambah baik kualiti, keselamatan dan keberkesanan amalan dan produk PT&K.

Persidangan ini menjadi platform utama dalam usaha menjalin kerjasama antara pakar penjagaan kesihatan tempatan dan antarabangsa, pembuat dasar, penyelidik dan pengamal, inovasi dan pertukaran idea bagi menyegerakan usaha transformasi digital dalam bidang PT&K serta meningkatkan kualiti, kebolehcapaian dan kemampanan penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), dan YBrs. Dr Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, KKM.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-11-28 10:41:18 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page