MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2024 DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC).

27 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyampaikan ucaptama dan mempengerusikan forum bertajuk ‘Mengutamakan Kesejahteraan dan Kesihatan Mental sempena program Festival Idea Putrajaya 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Masalah kesihatan mental telah menjadi satu isu global dan merupakan cabaran besar kepada sektor kesihatan dunia. Stigma dan diskriminasi terhadap pesakit mental masih merupakan cabaran utama yang perlu ditangani. Stigma dan salah faham dalam kalangan masyarakat juga menyebabkan individu yang mengalami penyakit mental lewat mendapatkan bantuan profesional yang mereka perlukan.

YB Menteri Kesihatan telah menyatakan bahawa Kerajaan dan KKM amat komited dalam menangani isu dan masalah kesihatan mental negara. KKM mempunyai 385 pakar psikiatri yang memberi rawatan kepada pesakit mental melalui 68 buah hospital KKM. Perkhidmatan kesihatan mental juga ada disediakan di 1,088 Klinik Kesihatan di peringkat kesihatan primer oleh Pakar Perubatan Keluarga yang ditempatkan di klinik-klinik kesihatan seluruh negara.

Selain itu, terdapat 37 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI). Manakala bagi memberikan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada masyarakat, seramai 200 Pegawai Psikologi (Kaunseling) Contract For Service (CFS) telah ditempatkan di daerah dan Klinik Kesihatan seluruh negara.

Seterusnya YB Menteri Kesihatan turut mempengerusikan forum bertajuk ‘Mengutamakan Kesejahteraan dan Kesihatan Mental’ dalam usaha untuk meningkatkan literasi (ataupun kecelikan) berkaitan isu kesihatan mental dan mengurangkan stigma yang ada pada masyarakat terkait isu ini.

Turut hadir YBrs. Profesor Dr. Azla bin Amran, Timbalan naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat, YBrs. Dr. Nurashikin Ibrahim, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBrs. Profesor . Dr. Suzaly Wahab, Pakar Perunding Psikiatri, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBrs. Dr. Rozanizam Zakarian, Pakar Psikiatri, Pendukung Kesihatan Mental & Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM), YBrs. Profesor Madya Dr. Rahimi Che Aman, Dekan & Pensyarah Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti sains Malaysia (USM) dan Encik Mohd Akif Farhan Ahmad Basri, Psikologi Klinikal & Pengasas Bersama Institut Psikospritual.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-11-28 10:47:58 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page