MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SIDANG KEMUNCAK MESYUARAT KESIHATAN PERGIGIAN SEDUNIA WHO 2024 DI BANGKOK, THAILAND

DI BANGKOK, THAILAND.

26 November 2024- YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan telah mewakili Malaysia dalam perbincangan bersama Menteri Kesihatan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan dari Comoros, Malaysia, Filipina, Mesir, Ireland, Kanada, Brunei Darussalam dan negara-negara lain pada Sidang Kemuncak Mesyuarat Kesihatan Pergigian Sedunia WHO 2024 di Bangkok, Thailand.

Perbincangan ini bertumpu kepada usaha-usaha mengintegrasikan kesihatan pergigian dalam agenda Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC), meningkatkan kesaksamaan, dan menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) secara menyeluruh.

Antara pencapaian utama Malaysia adalah:

1. Memajukan Kesaksamaan Kesihatan Pergigian: Malaysia berusaha mengurangkan jurang kesihatan melalui integrasi kesihatan pergigian dalam agenda UHC serta memastikan perkhidmatan pergigian mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat;

2. Mereformasikan Sistem Kesihatan: Menerusi Kertas Putih Kesihatan (HWP), Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2022–2030, dan Pelan Tindakan Kesihatan Mulut Global (GOHAP) WHO menjadi asas kepada agenda reformasi kesihatan negara, dengan fokus menangani NCD;

3. Pengukuhan Penjagaan Kesihatan Primer: Malaysia menekankan pengintegrasian perkhidmatan pergigian dalam penjagaan kesihatan primer untuk pendekatan holistik menangani NCD;

4. Kerjasama Strategik: Malaysia mengamalkan pendekatan seluruh kerajaan dan masyarakat, termasuk kerjasama bersama sektor swasta, NGO, dan rakan antarabangsa untuk memastikan kejayaan pelaksanaan GOHAP; dan

5. Komitmen Pemantauan Prestasi: Sasaran utama seperti peningkatan perkhidmatan pergigian di Klinik Kesihatan Primer kepada 80% menjelang 2030.

Malaysia akan terus memanfaatkan dasar dan inovasi bagi memperkukuh kesihatan pergigian. Berpandukan Deklarasi Bangkok, Malaysia juga berhasrat untuk menjadi penanda aras dalam membangunkan sistem penjagaan kesihatan pergigian yang mampan dan berdaya tahan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-12-16 10:37:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page