30 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Majlis Makan Malam ‘Red Ribbon Gala 2024’di Sunway Resort, Petaling Jaya, Selangor. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) telah menganjurkan kembali majlis makan malam amal “Red Ribbon Gala”, yang berfokuskan kepada perpaduan dan kerjasama dalam usaha untuk mengakhiri AIDS.
Majlis yang berprestij ini telah dihoskan secara bersama oleh Profesor Dato’ Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi MAF, dan Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway.
YB Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly Ahmad telah menyatakan dalam ucapan beliau bahawa komitmen kerajaan untuk bekerjasama dalam menangani AIDS, menggambarkannya sebagai tanggungjawab bersama antara kerajaan, masyarakat sivil, dan pihak berkepentingan lain: “Asas kejayaan kita adalah melalui kerjasama. Respons terhadap AIDS tidak pernah, dan tidak seharusnya, bersifat sehala. Ia sentiasa menjadi tanggungjawab bersama antara kerajaan, masyarakat sivil, dan pihak berkepentingan lain.
Kemuncak majlis adalah penyampaian Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah kepada KOMITED Malaysia, sebuah organisasi berasaskan komuniti yang dipimpin oleh bekas pengguna dadah. Anugerah ini mengiktiraf usaha luar biasa KOMITED Malaysia menangani isu penyalahgunaan bahan, mencegah HIV, dan menyokong usaha Pembangunan komuniti. Program integrasi sosial KOMITED Malaysia yang menyediakan latihan pekerjaan dan pembangunan kemahiran telah memberi peluang kepada ramai bekas pengguna dadah untuk membina semula kehidupan mereka dan meletakkan mereka di landasan pemulihan yang mapan. KOMITED Malaysia telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, trofi khas, dan Sijil Kecemerlangan.
Turut hadir YBhg. Datin Paduka Marina Mahathir, Penaung Yayasan AIDS Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. Assoc Professor Dr. Raja Iskandar Shah Raja Azwa, Presiden Majlis AIDS Malaysia dan Encik Jasmin Bin Jalil, Pengarah Eksekutif Yayasan AIDS Malaysia & Majlis AIDS Malaysia.
Kemaskini pada 2024-12-16 10:42:32 daripada UKK Norhanita