1 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan turun menyantuni dan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong, Alor Star.
Ketibaan YB Menteri Kesihatan disambut oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diberi penerangan ringkas berkenaan situasi di PPS tersebut.
Dalam lawatan ini, YB Menteri Kesihatan turut meninjau keperluan-keperluan yang disediakan di PPS dan melakukan tindakan intervensi dengan memberikan sokongan moral serta psikologi bagi meringankan beban keluarga mangsa banjir. PPS ini menempatkan 100 buah keluarga dengan jumlah seramai 375 orang mangsa banjir yang terjejas.
Keperluan asas seperti khemah, bantal, selimut, comforter dan tuala serta makan minum sebanyak 4 kali disediakan kepada mangsa. Dari aspek Kesihatan, pasukan Perubatan yang terdiri dari Doktor, Jururawat dan Pembantu Perubatan membuat lawatan ke setiap PPS pada setiap hari untuk memberi rawatan dan perubatan kepada mangsa yang memerlukan.
Turut hadir YBhg Datuk Dr Radzi Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan YBrs Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan YBrs Dr Norizan Binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam).
Kemaskini pada 2024-12-16 18:03:08 daripada UKK Norhanita