1 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Menengah Kepala Batas, Kedah.
YB Menteri disambut oleh YBrs Tuan Muhamad Amirul, Penghulu Mukim Bukit Pinang. YBrs Dr. Muhammad Al-Amin bin Shaharuddin, Pegawai Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar memberikan taklimat ringkas berhubung situasi semasa di PPS berkenaan kepada YB Menteri Kesihatan.
Seramai 88 keluarga dan 281 orang di tempatkan di PPS ini.
YB Menteri Kesihatan turut melawat keluarga mangsa di PPS dan menyantuni para petugas PPS dari KKM dan JKM. YB Menteri turut memberikan sumbangan berbentuk kit penjagaan kesihatan diri kepada semua mangsa di PPS ini.
KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa bersiap siaga membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam pelbagai aspek terutamanya kesihatan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.
Turut hadir YBhg Datuk Dr Radzi Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBrs Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBhg Dato' Wira Haji Mahfuz Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang dan YBrs Dr Norizan Binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam).
Kemaskini pada 2024-12-16 18:11:18 daripada UKK Norhanita