MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN YANG BEROPERASI SEBAGAI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)

1 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meneruskan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman yang beroperasi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

PPS ini mula beroperasi pada 28 November 2024 yang lalu. Tinjauan pada petang ini mendapati status yang masih tinggal di PPS ini adalah 124 keluarga melibatkan 377 mangsa banjir.

YB Menteri berkesempatan meninjau persiapan KKM dalam memberikan perkhidmatan bantuan kesihatan dan khidmat nasihat dari segi kesihatan mental kepada penghuni PPS disamping beramah mesra bersama penghuni di PPS berkenaan.

KKM sentiasa bersiap siaga terutamanya dalam memantau dan menyelia keselamatan makanan yang disediakan di setiap PPS untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan mangsa-mangsa banjir.

Turut sama hadir YBhg Datuk Dr Radzi Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan YBrs Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBrs Dr Shareh Azizan bin Shareh Ali, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan YBrs Dr Mohd Hisham Bin Ahmad Kusairi, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.

image image image

Kemaskini pada 2024-12-16 18:23:24 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page