MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA OLEH PUAN YANG TERUTAMA (PYT) DR. ELIA A.A. DOS REIS AMARAL, MENTERI KESIHATAN REPUBLIK DEMOKRATIK TIMOR-LESTE

2 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama (PYT) Dr. Elia A.A. dos Reis Amaral, Menteri Kesihatan Republik Demokratik Timor-Leste. Sesi kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan kerjasama dua hala antara negara Malaysia dan Republik Demokratik Timor-Leste serta potensi kerjasama dalam bidang kesihatan.

Sesi kunjungan hormat ini membincangkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai bidang pelancongan kesihatan. Sehingga September 2024, sebanyak 1,416 pesakit dari Republik Demokratik Timor-Leste telah mendapatkan rawatan di fasiliti perubatan Malaysia. Selain itu, dalam bidang pembangunan modal insan, Malaysia turut menawarkan peluang latihan fellowship kepada doktor perubatan Timor-Leste di Malaysia.

Kedua-dua pihak seterusnya berkongsi inisiatif bidang kesihatan yang sedang dilaksanakan oleh negara masing-masing khususnya bagi penyakit tidak berjangkit (NCD). Malaysia memaklumkan berkenaan pelaksanaan Lung Health Initiatives Malaysia sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan penyakit kanser paru-paru di Malaysia. Manakala, Republik Demokratik Timor-Leste juga sedang menjalankan usaha untuk melaksanakan saringan kesihatan kepada komuniti bagi penyakit diabetes, hipertensi dan lain-lain.

Kedua-dua pihak menyatakan kesediaan untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang kesihatan antara Malaysia dan Republik Demokratik Timor-Leste.

Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Republik Demokratik Timor-Leste.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-12-16 18:37:21 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page