2 Disember 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah memberikan jawapan perbahasan penggulungan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 bagi bacaan kali kedua dan ketiga dalam Persidangan Dewan Negara, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, 2 Disember 2024. Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 telah diluluskan secara sebulat suara di Dewan Negara.
RUU Pindaan Akta 342 ini merupakan langkah proaktif untuk melindungi rakyat dan negara daripada ancaman penyakit berjangkit kerana ia boleh berlaku di luar jangkaan. RUU Pindaan Akta 342 2024 ini bukan sahaja memperkukuhkan undang-undang sedia ada, tetapi juga memastikan kesiapsiagaan yang berterusan, serta penguatkuasaan yang cekap dan berkesan seterusnya melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat. Ini adalah usaha berterusan untuk mewujudkan Malaysia yang lebih sihat, produktif, dan bebas daripada ancaman penyakit berjangkit.
Kemaskini pada 2024-12-16 18:59:01 daripada UKK Norhanita