3 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan satu sidang media khas berhubung Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] di Putrajaya.
Sidang Media ini bagi memberi penjelasan yang lebih lanjut kepada masyarakat umum berhubung Akta berkenaan.
Rang Undang-Undang (RUU) yang dipinda ini adalah bagi memastikan pencegahan dan kawalan lebih cekap dan berkesan selain menjadi asas penguatkuasaan yang mantap untuk menghadapi sebarang wabak atau pandemik pada masa depan termasuk ancaman penyakit berjangkit baharu.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Puan Ilham Binti Tan Sri Abd Kader, Penasihat Undang-Undang, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kemaskini pada 2024-12-16 19:08:03 daripada UKK Norhanita