3 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Julitta Onabanjo, United Nations Population Fund (UNFPA) Country Representative for Malaysia and Country Director for Thailand di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.
Objektif sesi kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan kerjasama antara KKM dan UNFPA terutamanya berhubung kesihatan remaja (adolescent health), kadar kesuburan (fertility rate) yang menurun dan tren perancangan keluarga (family planning) di Malaysia.
Selain itu, kunjungan hormat tersebut juga membincangkan mengenai cadangan kolaborasi antara UNFPA dan KKM dalam mengemaskini polisi sedia ada untuk memastikan ianya sentiasa seiring dengan perkembangan semasa.
Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pegawai-pegawai dari UNFPA.
Kemaskini pada 2024-12-16 19:16:59 daripada UKK Norhanita