5 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Malam Mesra Kenangan 2024, Kementerian Kesihatan Malaysia di Movenpick Konvensyen.
Majlis ini merupakan salah satu tanda penghargaan dan penghormatan kepada 61 orang pesara di mana 40 orang bersara wajib dan 21 orang bersara secara pilihan bagi tahun 2024 yang telah mencurahkan bakti sepanjang perkhidmatan anda di KKM.
Dr. Dzulkefly Ahmad dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa warga kerja KKM merupakan aset yang tidak ternilai dan pengalaman pesara dalam bidang kepakaran masing-masing sukar untuk dicari ganti. Majlis malam ini turut meraihkan YBrs. Dr. Noormi Othman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Pergigian yang merupakan tokoh dalam bidang pergigian KKM.
Dr. Dzulkefly Ahmad amat menghargai segala pengorbanan, jasa dan sumbangan yang telah warga KKM sumbangkan sepanjang berkhidmat di KKM. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para pesara yang selama ini telah banyak menghulurkan cetusan idea dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat dengan penuh ikhlas, jujur dan amanah dalam menggalas tanggungjawab demi menunaikan kewajipan terhadap kepentingan awam.
Turut hadir YBhg. Dato' Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan).
Kemaskini pada 2024-12-16 19:35:45 daripada UKK Norhanita