MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI PERJUMPAAN BERSAMA PETUGAS KESIHATAN NEGERI KELANTAN DAN PASUKAN MOBILISASI BENCANA BANJIR ANGGOTA KKM DI INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM), KOTA BHARU.

7 Disember 2024- YB Menteri Kesihatan telah mengadakan Sesi Perjumpaan bersama Petugas Kesihatan Negeri Kelantan dan Pasukan Mobilisasi Bencana Banjir Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia di Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Kota Bharu.

Ketibaan YB Menteri Kesihatan disambut oleh YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Bagi menghadapi bencana kali ini, seramai 106 orang anggota mobilisasi dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Pahang dan Perak telah hadir untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas di Kelantan.

Sepanjang bencana banjir yang berlaku di negeri ini, terdapat 313 pusat pemindahan banjir sementara telah dibuka yang menempatkan 107,709 ribu mangsa banjir di seluruh negeri Kelantan.

Beberapa Langkah proaktif telah dijalankan oleh JKN Kelantan antaranya Penyediaan Perkhidmatan Kesihatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Pemantauan Penyakit Berjangkit, Penyediaan Bekalan Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS).

Banjir ini juga telah memberi kesan kepada 66 buah fasiliti Kesihatan di seluruh negeri Kelantan. Sehingga kini terdapat 16 buah fasiliti yang masih tidak dapat beroperasi dan telah berpindah operasi ke fasiliti kesihatan berdekatan.

"Dalam menghadapi bencana besar ini, kerjasama antara KKM, agensi kerajaan lain, NGO dan masyarakat secara ‘whole-of-nation approach’ adalah amat mustahak. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menunjukkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam membantu mangsa banjir, sama ada melalui penyediaan bantuan kemanusian, kerja-kerja pembersihan, atau dalam aspek sokongan kesihatan", ujar YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. Dr. Safiee bin Ismail, Pengarah Perkembangan Kesihatan Keluarga, KKM dan YBrs. Dr. Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam).

#KKMPrihatin

#MalaysiaSihat

#IhsanMADANI

#SkuadIhsanMADANI

#TaatSetia

#HarungiBersama

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-12-16 19:54:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page