7 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja ke lokasi kedua iaitu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Tumpat, Kelantan.
YB Menteri disambut oleh YBrs. Dr. Hasneezah binti Hassan, Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat dan Encik Subhi bin Abdul Halim, Penyelaras PPS dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tumpat dan memberikan taklimat ringkas berhubung situasi semasa di PPS berkenaan.
Setakat 6 Disember 2024, 6.00 petang, seramai 336 keluarga meliputi 1341 orang ditempatkan di PPS ini yang terdiri daripada 757 dewasa, 678 kanak-kanak, 33 Warga Emas, 106 bayi dan seorang warga OKU.
YB Menteri Kesihatan turut melawat keluarga mangsa banjir dan memberikan bantuan kepada mereka. Di samping itu, beliau turut menyantuni para petugas PPS yang melibatkan KKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mercy Malaysia. Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan NGO lain yang turut membantu di PPS ini.
KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sentiasa bersiap siaga membantu mangsa-mangsa yang terlibat terutamanya dalam aspek kesihatan.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Dr. Safiee bin Ismail, Pengarah (Perkembangan Kesihatan Keluarga), KKM, YBrs. Dr. Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan Pegawai - pegawai kanan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Kemaskini pada 2024-12-16 20:54:14 daripada UKK Norhanita