7 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meneruskan lagi lawatan kerja ke lokasi ketiga iaitu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Geting, Tumpat, Kelantan.
Sejurus ketibaan, YB Menteri Kesihatan dibawa melawat dan meninjau keadaan di PPS disamping memberikan bantuan kepada mereka.
YB Menteri Kesihatan juga meluangkan masa menyantuni msngsa banjir dan para petugas PPS meliputi petugas KKM, JKM dan agensi lain yang turut membantu mangsa banjir di PPS ini.
Setakat 11.00 pagi ini, seramai 70 keluarga dan 168 orang mangsa banjir masih ditempatkan di PPS ini.
KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sentiasa bersedia untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat terutamanya dalam aspek kesihatan fizikal dan mental.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Dr. Safiee bin Ismail, Pengarah, (Bahagian Perkembangan Kesihatan Keluarga), KKM, YBrs. Dr. Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan pegawa-pegawai kanan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Kemaskini pada 2024-12-16 21:04:39 daripada UKK Norhanita