10 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meluangkan masa untuk melawat reruai-reruai di Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024, sebuah persidangan antarabangsa yang mengetengahkan inovasi dan teknologi terkini dalam bidang kesihatan.
Kehadiran YB Menteri Kesihatan adalah untuk memberikan sokongan kepada para peserta dan pempamer yang terlibat serta untuk memberi peluang kepada beliau untuk memahami dengan lebih mendalam berkaitan teknologi-teknologi terkini dan potensi yang ditunjukkan untuk mempertingkatkan lagi kualiti penjagaan kesihatan di Malaysia.
Antara inovasi dan teknologi terkini yang dipamerkan termasuklah aplikasi kecerdasan buatan (AI), analitik data dan inovasi perubatan yang mampu merubah cara perkhidmatan kesihatan diberikan kepada masyarakat umum. Usaha ini selari dengan aspirasi negara untuk menjadi peneraju dalam sektor kesihatan digital di peringkat serantau dan global.
Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA merangkap pengerusi IMDEC 2024 serta pegawai-pegawai kanan KKM.
Kemaskini pada 2024-12-18 11:06:12 daripada UKK Norhanita