MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PAMERAN DAN PERSIDANGAN PERANTI PERUBATAN ANTARABANGSA (IMDEC) 2024 DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA KUALA LUMPUR.

12 Disember 2024- YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah meyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Meledakkan Kuasa Teknologi Perubatan, Membentuk Masa Depan Penjagaan Kesihatan, acara ini bertujuan untuk mengupas potensi teknologi perubatan dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan. Ia menyediakan platform untuk dialog industri, perkongsian ilmu, dan kerjasama dalam mengatasi cabaran kritikal, serta meneroka kemajuan teknologi yang mengubah sistem penjagaan kesihatan.

Industri peranti perubatan di Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sektor penjagaan kesihatan. Menjelang tahun 2023, sektor ini telah memberikan sumbangan sebanyak kira-kira RM18 bilion kepada ekonomi negara dan mencipta lebih 95,000 peluang pekerjaan. Selain itu, Malaysia juga menjadi pengeluar utama global bagi produk perubatan berasaskan getah, memenuhi sekitar 60% daripada permintaan dunia untuk sarung tangan perubatan.

YAB Perdana Menteri berkata, selaras dengan kepengerusian ASEAN pada tahun 2025, Malaysia komited sepenuhnya untuk memajukan Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRAs), serta memimpin usaha untuk mewujudkan rangka kerja peraturan yang lebih efisien dan bersepadu di rantau ini. Matlamat Malaysia adalah untuk bukan sahaja mengurangkan birokrasi bagi pengeluar, tetapi juga untuk meningkatkan akses kepada peranti perubatan yang selamat dan berkesan, yang akhirnya dapat meningkatkan penjagaan pesakit dan memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan di seluruh rantau ini untuk 680 juta penduduknya. Kepercayaan terhadap kepimpinan ASEAN tahun depan akan memberi tumpuan kepada dua perkara utama: pertama, Grid Tenaga ASEAN, dan kedua, pendigitalan serta penjagaan kesihatan yang telah dikenalpasti sebagai teras utama untuk pertumbuhan mampan, bukan sahaja di bawah strategi ASEAN, tetapi juga di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu.

Dalam majlis berkenaan, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan anugerah pencapaian seumur hidup kepada dua orang tokoh penyelidikan dan pembangunan teknologi peranti perubatan iaitu, Encik Roy Chin, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Vista Robotic; dan Profesor Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.

Turut hadir YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YB Tuan Mohd Rafizi bin Ramli, Menteri Ekonomi, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, KSU KKM , YBhg Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBrs Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan dan YBrs Dr. Xu Jinghe, Timbalan Pesuruhjaya Pentadbiran Produk Perubatan Negara China (NMPA).

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-12-18 11:11:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page