MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERASMIAN MALAYSIA COMMUNITY FIRST RESPONDER CONFERENCE YANG PERTAMA DI PULAU PINANG.

14 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Malaysia Community First Responder Conference yang pertama di Pulau Pinang.

Serangan Jantung secara mengejut (SCA), boleh berlaku tanpa amaran, dan perbezaan kritikal antara hidup dan mati sering ditentukan oleh seberapa cepat dan berkesan kita memberi respon terhadap situasi kritikal tersebut.

Persatuan Resusitasi Malaysia (MyRES) dan Hospital Pulau Pinang menjadi tuan rumah bagi perhimpunan pertama pakar dan pemimpin resusitasi dari seluruh Asia Pasifik. Konferens ini bertujuan untuk merangsang perbincangan yang bermakna, berkongsi pandangan yang amat berharga, dan membina kerjasama untuk memperbaiki sistem respons kecemasan serta meningkatkan kadar kelangsungan hidup bagi Serangan Jantung Secara Mengejut (SCA), salah satu punca utama kematian di Malaysia.

Di Malaysia, serangan jantung kekal sebagai punca utama kematian. Menurut data 2021 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), lebih daripada 18,000 rakyat Malaysia kehilangan nyawa setiap tahun akibat penyakit arteri koronari, ini merupakan statistik yang membimbangkan. Focus kongress ini adalah terhadap akses awam kepada AED (Automated External Defibrillators) kena tepat pada waktunya. AED adalah alat penyelamat nyawa yang dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup bagi mangsa SCA dengan ketara.

Mewujudkan kesedaran, menyediakan latihan, dan memastikan pemasangan AED di tempat awam akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersedia untuk menjadi model penyelamat nyawa.

Turut hadir YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Exco Belia, Sukan Dan Kesihatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBrs Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan YBrs Prof. Dr. Sabariah Faizah Jamaluddin, Pengerusi Jawatakuasa 1st Malaysia First Responder Conference.

#KKMPrihatin

#MalaysiaSihat

#TaatSetia

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-12-18 11:39:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page