14 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri sesi Town hall bersama petugas Kesihatan Negeri Pulau Pinang di Hospital Pulau Pinang.
YB Menteri Kesihatan menghadiri sesi berkenaan yang diadakan khas untuk petugas kesihatan khasnya yang melibatkan 3 skim iaitu perkhidmatan Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan secara langsung daripada warga kerja Kementerian Kesihatan, khususnya di negeri Pulau Pinang, mengenai isu semasa yang dihadapi semasa bertugas.
Turut hadir YBhg Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBrs Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, KKM.
Kemaskini pada 2024-12-18 11:56:48 daripada UKK Norhanita