MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL PULAU PINANG

14 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Pulau Pinang.

Hospital Pulau Pinang dilengkapi dengan 1,163 katil dengan 49 Wad (40 Wad Am, 6 ICU dan 3 HDA), 17 Pusat Pembedahan dan 47 Klinik Pakar.

Hospital Pulau Pinang merupakan Hospital Negeri yang menjadi pusat rujukan bagi Wilayah Utara Semenanjung Malaysia merangkumi negeri-negeri seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Antara fungsi utama Hospital Pulau Pinang adalah Perkhidmatan Klinikal, Perkhidmatan Sokongan Klinikal dan Bukan Klinikal, Pengajaran dan Latihan, Penyelidikan dan Aktiviti Peningkatan Kualiti.

YB Menteri Kesihatan merakamkan penghargaan kepada semua anggota kesihatan yang berkhidmat tanpa penat lelah untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada masyarakat. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly turut meluangkan masa untuk melawat Jabatan Kecemasan, Ward Kelas 1, Wad Neurosurgeri dan Jabatan Nuklear semasa lawatan rasmi beliau.

Turut hadir YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Exco Belia, Sukan Dan Kesihatan, YBrs Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, dan YBrs Dr Goh Hin Kwang, Pengarah Hospital Pulau Pinang.

#KKMPrihatin

#MalaysiaSihat

#TaatSetia

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-12-18 12:06:21 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page