MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (HTAA), KUANTAN, PAHANG.

15 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melawat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

Ketibaan YB Menteri Kesihatan disambut oleh YB Dato’ Ir. Razali bin Kassim, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang bersama YBhg. Datuk Dr. Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YBhg Datin Dr Gowri Sundaram, Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan bersama pegawai - pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan dimulakan dengan sesi Taklimat berhubung pengoperasian Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Pelan Pembangunan Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Selepas selesainya sesi taklimat, YB Menteri Kesihatan dibawa meninjau pengoperasian perkhidmatan kesihatan di Wad 2A (Wad Neurosurgeri) dan Wad 2B ICU disamping turut meluangkan masa untuk menyantuni pesakit dan petugas kesihatan di wad-wad berkenaan.

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan merupakan Hospital Negeri yang mempunyai sebanyak 851 katil yang dilengkapi dengan 13 buah Dewan Bedah dan 21 buah katil ICU. Hospital ini juga merupakan Lead Hospital bagi Hospital Kluster Pahang Timur yang terdiri daripada Hospital Pekan (Pakar Minor), Hospital Muadzam Shah dan Hospital Rompin. Perkhidmatan klinikal yang disediakan di hospital ini adalah sebanyak 24 kepakaran utama dan 29 sub kepakaran. Projek Pembangunan bagi Rancangan Malaysia ke-12 yang sedang dilaksanakan adalah Blok Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan yang dijangka siap pada tahun 2028.

Turut hadir YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM dan YB Tuan Mohd Fadzli Mohd Ramly, ADUN Lantikan Dewan Negeri Pahang.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-12-18 12:13:32 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page