MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI TOWNHALL BERSAMA WARGA KERJA JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG DI KUANTAN.

15 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerjanya ke negeri Pahang dengan menyertai Sesi Townhall bersama warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Pahang meliputi Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan, Penolong Pegawai Farmasi dan Juruteknologi Pergigian di Kuantan.

Turut sertai sesi Town Hall bersama YB Menteri Kesihatan adalah YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rosli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs. Puan Zanawiah bin Hassan, Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia KKM.

Tujuan utama sesi townhall ini adalah untuk mendapatkan pandangan warga kesihatan di negeri Pahang berhubung permasalahan sama ada dari segi infrastruktur, sumber manusia, fasiliti dan isu-isu semasa yang berlaku di peringkat akar umbi.

YB Menteri Kesihatan turut merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua petugas kesihatan yang berkhidmat tanpa mengira penat lelah dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat Malaysia amnya negeri Pahang khasnya.

Pihak Kementerian sentiasa berusaha untuk mendapatkan pandangan yang bernas dan maklum balas bagi dasar-dasar yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Kerajaan agar dapat menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara ini.

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-12-18 12:20:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page