MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PELANCARAN LAMAN SESAWANG JOMLAPOR DI PUTRAJAYA.

19 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Laman Sesawang JomLapor di Putrajaya.

Laman sesawang JomLapor menyediakan platform mesra pengguna yang membolehkan orang ramai melaporkan kesalahan berkaitan produk dan aktiviti merokok di bawah Akta 852.

Laman sesawang ini dibangunkan hasil kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional bertujuan memperkukuh penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang telah berkuat kuasa sejak 1 Oktober 2024.

Aduan boleh dibuat secara ’anonymous’, disertakan bukti bergambar, serta butiran lokasi kesalahan tanpa memerlukan pendedahan identiti pengadu.

Setiap aduan yang dibuat melalui JomLapor akan melibatkan kerjasama dan tindakan bersepadu antara kementerian dan agensi penguatkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Orang awam boleh menyemak status aduan mereka dan tindakan yang telah diambil melalui laman sesawang ini.

KKM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memanfaatkan laman sesawang JomLapor (JomLapor.com) serta platform lain seperti talian WhatsApp +6010-860-8949 dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) untuk melaporkan sebarang kesalahan berkaitan produk dan aktiviti merokok.

Turut hadir YB Dato’ Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood, Naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangasaan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Prof. Madya Dr. Muralitharan Munisamy, Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, YBrs. En Mohd Ali bin Jusoh, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komuniti dan Sukan, Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya dan YBhg. Datuk Kaswuri Keman, Pengerusi Perkhidmatan Berhenti Merokok PEMADAM-KKM.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-12-23 10:04:20 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page