MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PELANCARAN DAN PELEPASAN (FLAG-OFF) SKUAD IHSAN MADANI DAN TABUNG BANTUAN BANJIR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DI IBU PEJABAT KKM.

20 Disember 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, dan YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pelepasan (Flag-Off) Skuad Ihsan MADANI dan Tabung Bantuan Banjir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Ibu Pejabat KKM.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian KKM.

Inisiatif Skuad Ihsan MADANI KKM selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang bertujuan untuk menggerakkan semangat ihsan, kebersamaan dan kepedulian dalam kalangan warga kerja KKM serta komuniti, selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Melalui pendekatan ini, KKM juga komited untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih inklusif, prihatin dan penuh empati kepada semua lapisan masyarakat.

Skuad Ihsan MADANI KKM kini bersiap siaga untuk bantuan pasca banjir yang akan membantu dari aspek pembersihan pasca banjir di negeri-negeri yang terjejas. Seramai 110 orang sukarelawan yang terdiri daripada warga IPKKM telah mendaftar untuk menyertai misi bantuan pasca banjir ini.

Sebagai simbolik bagi Pelancaran Tabung Bantuan Banjir KKM, YB Menteri Kesihatan telah memberi sumbangan bagi Tabung Bantuan Banjir KKM yang disediakan.

Tabung Bantuan Banjir KKM ini diwujudkan bagi membantu warga kerja KKM yang terkesan dengan banjir.

#KKMPrihatin

#MalaysiaSihat

#IhsanMADANI

#SkuadIhsanMADANI

#TaatSetia

#HarungiBersama

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-12-23 10:26:26 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page