MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PELANCARAN CABARAN LANGKAH SIHAT IBU PEJABAT KKM (IPKKM) DI PUTRAJAYA.

8 Januari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Cabaran Langkah Sihat Ibu Pejabat KKM (IPKKM) di Putrajaya.

Cabaran Langkah Sihat yang akan berlangsung sepanjang bulan Februari diadakan bagi anggota di IPKKM. Bersempena dengan Hari Naik Tangga Sedunia (National Take the Stairs Day) yang disambut pada setiap hari Rabu minggu kedua bulan Januari, Menteri Kesihatan bersama Pengurusan Tertinggi serta warga KKM telah memulakan Cabaran Langkah Sihat@IPKKM ini dengan melakukan aktiviti berjalan kaki dari Ibu Pejabat KKM ke Tangga Putrajaya Steps.

Tangga Putrajaya Steps ini mempunyai hampir 200 anak tangga dan aktiviti menaiki tangga dapat meransang sistem limfatik untuk berfungsi dengan lancar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan imuniti badan.

Cabaran ini juga merupakan persediaan awal untuk warga KKM bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi dua pertandingan utama pada tahun ini iaitu Cabaran Langkah Putrajaya Sihat antara kementerian yang akan diadakan pada bulan April dan Cabaran Langkah Malaysia Sihat melibatkan semua penjawat awam seluruh negara yang akan diadakan pada bulan Ogos.

Acara ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang dipimpin oleh Saudara Soh Wai Ching, Juara Dunia Menaiki Menara (Towerrun World Champion).

Turut hadir YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM.

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-01-09 09:58:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page