12 Januari 2025- YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kepala Batas dan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Turut sama mengiringi YBhg. Dato’ Sri KSU ialah YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
YBhg. Dato’ Sri KSU telah diberi penerangan oleh YBrs. Dr. Norhasimawati binti Abdul Mutalib, Pengarah Hospital Kepala Batas mengenai pengoperasian Hospital Kepala Batas dan seterusnya meninjau keadaan semasa Jabatan Kecemasan dan Trauma, Unit Rawatan Rapi dan Field Hybrid Intensive Care Unit.
YBhg. Dato’ Sri KSU turut dibawa melawat Bangunan Multi Storey Hospital Seberang Jaya yang dijangka siap sepenuhnya pada April 2025. Taklimat telah disampaikan pihak pasukan projek Jabatan Kerja Raya (JKR). YBrs. Dr. S Shameni, Pengarah Hospital Seberang Jaya turut sama mengiringi YBhg Dato’ Sri KSU dalam lawatan berkenaan.
Kemaskini pada 2025-01-14 10:43:37 daripada UKK Norhanita