MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERASMIAN KEMPEN DERMA DARAH PERSATUAN SRIKANDI SISTERS TILL JANNAH SK 73, DI KUALA LUMPUR.

12 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Kempen Derma Darah Persatuan Srikandi Sisters Till Jannah SK 73, di Kuala Lumpur.

Bekalan darah yang mencukupi dan stabil adalah penting untuk memastikan sistem kesihatan awam dapat beroperasi dengan lancar. Jika kadar pendermaan menjadi rendah dan tidak stabil, perkhidmatan kesihatan yang bergantung kepada transfusi darah akan terjejas.

Malaysia memerlukan 2,000 hingga 2,200 beg darah setiap hari, atau 730,000 beg setahun, untuk rawatan. Pada masa ini, hanya 2.3% daripada populasi menjadi penderma darah, lebih rendah daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5%. Untuk mencapai tahap mencukupi, usaha mendapatkan penderma baru perlu diteruskan, dengan sasaran kadar pendermaan darah 3.0%-4.5% menjelang 2030. Justeru, kempen derma darah adalah untuk meningkatkan bilangan penderma darah agar bekalan darah sentiasa mencukupi.

Program ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat mengenai pentingnya amalan derma darah sebagai tanggungjawab sosial.

Turut hadir YBrs Tn Hj Mohd Nor Ibrahim, Wakil kepada YB Dato' Johari Abdul Ghani, Menteri Peladangan dan Komoditi, YBrs. Dr. Mohammad Masri Md Zahri, Pengarah Pusat Darah Negara, YBhg. Datin Zahrah Abdullah, Pengerusi Srikandi Tun Fatimah Sisters Till Jannah SK 73 dan YBhg. Tn Hj Zulkifli Katman Pengerusi Madrasah Taman Maluri Kuala Lumpur.

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-01-14 11:07:49 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page