MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI DIALOG AWAM (TOWN HALL) AGENDA REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA WARGA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI IBU PEJABAT KKM PUTRAJAYA.

13 Januari 2025- Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Sesi Dialog Awam (Town Hall) Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam bersama warga Kementerian Kesihatan Malaysia di Ibu Pejabat KKM Putrajaya.

Ketua Setiausaha Negara dalam amanat beliau pada 10 September 2024 yang bertemakan “Reformasi Perkhidmatan Awam” mengajak seluruh anggota perkhidmatan awam untuk bersama-sama menjayakan aspirasi “Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam” sekaligus menelusuri era baharu perkhidmatan awam. Sehubungan itu, KKM telah mengadakan satu Sesi Dialog Awam (Town Hall) bersama warga KKM berhubung Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam pada hari tersebut.

Sesi Dialog Awam ini dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu oleh YBhg. Datuk Faridah Hanim yang bertajuk “Reformasi Diri: Antara Korban dan Beban Penjawat Awam. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM.

YBhg. Dato’ KSU menerusi ucapan beliau telah menyatakan bahawa penjawat awam amnya dan warga KKM khususnya perlu ada sifat dan pemikiran untuk taat setia kepada negara dan berkhidmat untuk rakyat. Taat setia ini bermaksud memberi sepenuh jiwa dan raga serta keringat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang terbaik disampaikan kepada rakyat tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Setrusnya, YBhg Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) telah membentangkan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam KKM yang merangkumi beberapa cadangan pembaharuan. Antara pembaharuan yang menarik perhatian warga KKM ialah pewujudan platform untuk permohonan tukar suka sama suka (mutual posting swap platform) yang diharap dapat membantu penempatan petugas kesihatan KKM.

Turut hadir YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-01-14 11:20:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page