12 Januari 2025-YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menghadiri Majlis Pelancaran Blok Baharu Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang (KPJ Penang) yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Blok baharu ini membolehkan peningkatan kapasiti katil sedia ada dan sekaligus membolehkan kemasukan pesakit yang lebih ramai, operasi harian yang lebih teratur serta penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.
Turut hadir, YBhg Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM.
Kemaskini pada 2025-01-15 11:57:10 daripada UKK Norhanita