MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PENYERAHAN KACA MATA BAGI PROGRAM PEMERIKSAAN REFRAKSI DAN PENAJAAN PEMBETULAN KETAJAMAN PENGLIHATAN KEPADA MURID SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 KATEGORI B40 DAN M40 DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

16 Januari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kaca Mata bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan kepada Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Kategori B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan Putrajaya di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2).

Inisiatif kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Syarikat Optimax Eye Specialist Center Sdn. Bhd. ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesihatan penglihatan dalam kalangan murid sekolah.

Program ini melibatkan pemeriksaan refraktif menyeluruh di 16 buah sekolah di sekitar Putrajaya, dengan penyertaan 258 pelajar. Daripada jumlah tersebut, 100 pelajar tahun 1 daripada keluarga B40 dan M40 yang dikenalpasti memerlukan cermin mata dan layak menerima bantuan telah menerima penajaan kaca mata secara percuma.

Program kerjasama awam swasta ini diharap dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai murid mendapat manfaat daripada penjagaan kesihatan dan bantuan pendidikan yang inklusif.

KKM sentiasa komited dalam mempertingkatkan kualiti kesihatan dan memperkasakan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat bagi membolehkan masyarakat mencapai potensi sepenuhnya dalam meningkatkan kualiti hidup.

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min, Pengerusi Optimax Eye Specialist, YBhg. Tan Sri Dato’ (Dr) Tan Boon Hock, Pengasas dan Timbalan Pengerusi Optimax Eye Specialist, YBrs. Puan Sandy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Optimax Eye Specialist dan YBrs. Dr Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

#KKMPrihatin

#MalaysiaSihat

#MalaysiaMADANI 

#TaatSetia

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-01-17 10:04:25 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page