16 Januari 2025- YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan rasmi beliau ke fasiliti kesihatan negeri Selangor pada hari kedua ke lokasi keduanya iaitu ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Bukit Sentosa, Daerah Hulu Selangor.
Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan diiringi oleh YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor bersama YBrs. Dr. Suhaida binti Mohd Sidek, Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor dan disambut oleh petugas kesihatan KKIA Bukit Sentosa.
Seterusnya, YB Timbalan Menteri Kesihatan telah meninjau pengoperasian perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di klinik sambil diiringi oleh YBrs. Dr. Madihah binti Mohamad, Pegawai Perubatan KKIA Bukit Sentosa.
KKIA Bukit Sentosa yang mula beroperasi pada tahun 2010 dan menerima purata kehadiran pesakit antara 150 hingga 200 orang sehari.
Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang merangkumi perkhidmatan kesihatan ibu seperti penjagaan ibu hamil dan penjagaan postnatal, perkhidmatan kesihatan kanak-kanak, perkhidmatan perancang keluarga, serta perkhidmatan lawatan ke rumah. Selain itu, KKIA Bukit Sentosa juga menyediakan perkhidmatan pap smear dan pemeriksaan klinikal payudara. Klinik ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti kaunseling pemakanan oleh PSP dan dietitian, pergigian, pakar perubatan keluarga, dan kaunseling psikologi.
Progran lawatan ini diteruskan dengan satu sesi taklimat khas berhubung pengoperasian Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Suhaida binti Mohd Sidek, PKD Hulu Selangor. Selepas selesainya taklimat khas tersebut, YB Timbalan Menteri meluangkan masa beramah mesra dengan petugas kesihatan yang sedang bertugas di Daerah Hulu Selangor.
Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Kemaskini pada 2025-01-17 11:26:39 daripada UKK Norhanita