MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN SUNGAI SELISEK, DAERAH HULU SELANGOR.

16 Januari 2025- YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan rasmi ke fasiliti kesihatan negeri Selangor pada hari kedua ke lokasi ketiganya iaitu ke Klinik Kesihatan Sungai Selisek, Daerah Hulu Selangor.

Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan diiringi oleh YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor bersama YBrs. Dr. Suhaida binti Mohd Sidek, Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor.

Program diteruskan dengan sesi taklimat ringkas berkenaan pengoperasian klinik oleh YBrs. Dr. Kanesh a/l Ramanathan dan seterusnya YB Timbalan Menteri Kesihatan dibawa melawat dan meninjau perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di Klinik Kesihatan Sungai Seliseh dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Sungai Seliseh.

Klinik Kesihatan Sungai Selisek yang mula beroperasi pada tahun 1962 kini menerima purata kehadiran pesakit sekitar 135 orang sehari. Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan, antaranya perkhidmatan pesakit luar, rawatan penyakit tidak berjangkit (NCD), penyakit berjangkit (CDC), kesihatan pra hamil (PPC), kesihatan ibu hamil (MCH), kesihatan ibu selepas bersalin, kesihatan kanak-kanak, perkhidmatan perancang keluarga, makmal, farmasi, fundus kamera, rawatan kecemasan, fisioterapi, terapi cara kerja, serta perkhidmatan pemakanan oleh PSP dan dietitian.

Selain itu, klinik ini turut menyediakan perkhidmatan khusus seperti klinik gantian methadone, Klinik HIV/Hepatitis C, Klinik Tibi, Klinik Luka, Klinik Minda Sihat, Klinik Remaja, Klinik Warga Emas, Klinik Berhenti Merokok, serta MTAC (Medication Therapy Adherence Clinic).

YB Timbalan Menteri Kesihatan turut meluangkan masa untuk menyantuni pesakit dan petugas kesihatan yang bertugas di klinik ini.

Turut hadir YB Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Ahli Parlimen Hulu Selangor, Pegawai- pegawai Kanan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#KKMPrihatin

#MalaysiaSihat

#MalaysiaMADANI

#TaatSetia

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-01-17 11:32:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page