MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN KALUMPANG, DAERAH HULU SELANGOR.

 

16 Januari 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengakhiri hari kedua Program Jelajah Selangor dengan lawatan ke Klinik Kesihatan Kalumpang, Daerah Hulu Selangor.

Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan disambut oleh YBrs. Dr. Aidi bin Zaharudin, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kalumpang.

Sejurus ketibaan, YB Timbalan Menteri Kesihatan telah diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Dr. Aidi bin Zaharudin berkaitan pengoperasian klinik dan seterusnya dibawa melawat dan meninjau perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di klinik ini termasuk Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan Ibu dan anak (KKIA).

Klinik Kesihatan Kalumpang telah mula beroperasi pada tahun 1963 dan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada 16,000 penduduk sekitarnya. Selain itu, klinik ini menerima purata kehadiran pesakit sekitar 220 orang sehari.

Klinik ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan utama termasuk perkhidmatan pesakit luar, rawatan penyakit tidak berjangkit (NCD), penyakit berjangkit (CDC), kesihatan pra hamil (PPC), kesihatan ibu hamil (MCH), kesihatan ibu selepas bersalin, kesihatan kanak-kanak, perkhidmatan perancang keluarga, makmal, farmasi, fundus kamera, rawatan kecemasan, fisioterapi, terapi cara kerja (occupational therapy), perkhidmatan pemakanan oleh PSP dan dietitian, serta kaunseling.

Selain itu, klinik ini turut menyediakan perkhidmatan khusus seperti klinik gantian methadone, Klinik HIV/Hepatitis C, Klinik Tibi, Klinik Luka, Klinik Minda Sihat, Klinik Remaja, Klinik Warga Emas, Klinik Berhenti Merokok, dan MTAC (Medication Therapy Adherence Clinic).

YB Timbalan Menteri Kesihatan turut meluangkan masa untuk menyantuni petugas kesihatan yang bertugas di klinik ini dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang berkhidmat dengan cemerlang.

Turut hadir Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Ahli Parlimen Hulu Selangor, YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Dr. Suhaida binti Mohd Sidek, Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor, Pegawai- pegawai Kanan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-01-17 11:40:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page