17 Januari 2025- YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengakhiri lawatan rasmi ke fasiliti kesihatan negeri Selangor dengan lawatan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Selangor.
Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan disambut oleh YBrs Dr Farique Rizal Bin Abdul Hamid, Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang. Sejurus tiba, YB Timbalan Menteri Kesihatan telah dibawa melawat Jabatan Kecemasan dan Trauma (Green Zone) untuk melihat keadaan sebenar ruang menunggu pesakit serta diberi penerangan ringkas berkenaan operasi harian Jabatan Kecemasan dan Trauma oleh YBrs Dr. Tengku Suriani binti Tengku Ismail, Ketua Jabatan Kecemasan.
Selepas lawatan ke Jabatan Kecemasan, YB Timbalan Menteri seterusnya merasmikan Sudut Sustainability Programme: Go-Green di Lobi Bangunan Utama, HSIS.
Seterusnya, YB Timbalan Menteri Kesihatan diberi taklimat secara terperinci berkenaan pengoperasian HSIS oleh YBrs Dr Farique Rizal, Pengarah Hospital. HSIS merupakan Hospital Rujukan Berpakar Major KKM yang mula dibina pada tahun 2000 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 2005 dengan kapasiti 620 katil. HSIS berkhidmat sebagai sebuah pusat kecemerlangan perkhidmatan Kardiologi dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai Pusat rujukan Kebangsaan bagi kes-kes jantung kompleks.
Pusat Jantung HSIS ini merupakan sebuah bangunan 8 tingkat yang menempatkan 262 katil. YB Timbalan Menteri Kesihatan turut berkesempatan mengunjungi petugas kesihatan yang bertugas di Hospital ini, dan mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kecemerlangan mereka dalam memberikan perkhidmatan.
Turut hadir YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, SUB Kanan Bahagian Pembangunan, KKM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-01-24 10:24:45 daripada UKK Norhanita
















