23 Januari 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah memulakan lawatan ke Klinik Kesihatan Taman Malihah, Kuching,Sarawak.
Beliau telah melawat fasiliti kesihatan ini agar fasiliti ini dalam tahap terbaik bagi memberi rawatan yang optimum kepada pesakit yang memerlukan.
Untuk rekod, klinik kesihatan yang dirasmikan pada Februari 2013 ini telah memanfaatkan seramai 26,000 penduduk berhampiran. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah rawatan pesakit luar yang merangkumi kes-kes kecemasan, penyakit akut dan kronik, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, rawatan bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta perkhidmatan saringan kesihatan.
Klinik kesihatan ini secara purata menerima 150 hingga 200 orang pesakit setiap hari.
Seterusnya YB Timbalan Menteri telah melawat kawasan bangunan baharu bagi penempatan semula Klinik Kesihatan Taman Malihah yang hanya sejauh 500 meter dari lokasi terkini.
Turut hadir ialah YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah JKN Sarawak, YBrs Dr. Lenny Martini, Pakar Perubatan Keluarga KK Batu Kawa dan YBrs Dr. Nazarina, Pegawai Perubatan KK Taman Malihah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-01-24 10:36:06 daripada UKK Norhanita













