23 Januari 2025- YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Dapatan Kajian EASE di Institut Kesihatan Negara, Setia Alam,Selangor.
Kajian EASE merupakan sebuah kajian klinikal bermula tahun 2019 dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta diselaraskan oleh Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sultanah Bahiyah.
Kajian ini melibatkan 27 tapak kajian, merangkumi 9 buah hospital dan 18 buah klinik kesihatan di pelbagai lokasi di seluruh negara.
Hasil kajian mendapati penemuan baharu dalam rawatan Hepatitis C dengan lebih singkat, lebih mampu milik dan berkesan.
Kajian menunjukkan keberkesanan regimen sofosbuvir/ravidasvir selama 8 minggu adalah hampir sama dengan rawatan 12 minggu bagi pesakit HCV kronik tanpa sirosis.
Pengurangan tempoh ini mampu mengurangkan sebanyak satu pertiga kos rawatan sambil mengekalkan kadar penyembuhan yang tinggi.
Ini merupakan langkah besar dalam mempercepatkan usaha penghapusan Hepatitis C di seluruh dunia, khususnya yang sering berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
KKM akan terus komited dalam menjalankan kajian beretika dan berkualiti bagi menghasilkan bukti-bukti saintifik yang bermakna buat penjagaan kesihatan rakyat Malaysia.
Turut hadir, YBrs. Dr Vanessa Daniel, Pengarah DNDi Asia Tenggara, YBrs. Dr Murizal Zainol, Pengurus NIH dan YBrs. Dr Mohd Azri Mohd Suan, Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sultanah Bahiyah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-01-24 10:49:20 daripada UKK Norhanita













