23 Januari 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan Jelajah Borneo dengan melawat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), Batu Kawa, Kuching,Sarawak.
KKIA Batu Kawa ini mula beroperasi sejak tahun 1979, dan merupakan bangunan Balai Polis lama yang dihuni sejak tahun 2005. Klinik ini telah mendapat nafas baharu apabila melalui proses pengubahsuaian pada tahun 2024 dan proses pengubahsuaian siap pada 25 Oktober 2024 dengan anggaran kos perbelanjaan RM260,000.
KKIA ini menerima dalam 60-70 orang pesakit sehari yang terdiri dari ibu mengandung, kanak-kanak dan wanitamampu memberi perkhidmatan kepada lebih kurang 7500 penduduk disekitar Batu Kawa. KKIA ini dibawah seliaan Klinik Kesihatan Batu Kawa.
YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan sempat meninjau keadaan Klinik ini selepas diubah suai dan berpuas hati dengan pembaharuan yang dilakukan. YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan staff dan pelawat Klinik tersebut.
Turut hadir YBrs Dr Veronica Lugah, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs Dr Teo Cyok Noy, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Batu Kawa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-01-24 10:55:33 daripada UKK Norhanita








, BATU KAWA, KUCHING,SARAWAK./2.jpg)
, BATU KAWA, KUCHING,SARAWAK./3.jpg)
, BATU KAWA, KUCHING,SARAWAK./4.jpg)
, BATU KAWA, KUCHING,SARAWAK./5.jpg)
, BATU KAWA, KUCHING,SARAWAK./6.jpg)

