MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA OLEH DELEGASI MALAYSIAN MEDICAL ASSOCIATION (MMA) DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

23 Januari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Malaysian Medical Association (MMA) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan sektor kesihatan negara.

Delegasi MMA ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Kalwinder Singh Khaira, Presiden bersama YBhg. Datuk Dr. Thirunavukarasu Rajoo, Presiden-elect. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Sivabala Selvaratnam, Dr. Sivanaesan Letchumanan, Dr. Timothy Cheng Tsin Jien, Dr. Sean Thum Chern Choong, Dr. Selvanaayagam Shanmuganathan, dan Puan Nur Syarah.

Perbincangan ini memfokuskan kepada isu-isu kritikal seperti Waktu Bekerja Berlainan (WBB), Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP), serta cabaran yang dihadapi oleh petugas kesihatan di seluruh negara.

Beliau telah menegaskan komitmen KKM untuk terus mencari jalan penyelesaian terbaik. Di samping itu, YB Menteri Kesihatan turut menyatakan bahawa usaha bersama antara pihak Kementerian dan organisasi seperti MMA mampu untuk menghasilkan penyelesaian terbaik demi masa depan penjagaan kesihatan negara.

Pertemuan ini mencerminkan usaha berterusan pihak Kementerian untuk memastikan kesejahteraan petugas kesihatan dan sistem kesihatan yang mampan serta inklusif.

#KKMPrihatin 

#MalaysiaSihat 

#MalaysiaMADANI 

#TaatSetia

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-01-24 15:10:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page