MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA OLEH TYT NIKLAS WIBERG, DUTA BESAR SWEDEN KE MALAYSIA

23 Januari 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Niklas Wiberg, Duta Besar Sweden ke Malaysia di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya.

Objektif sesi kunjungan hormat adalah untuk membincangkan potensi kerjasama antara KKM dan Sweden terutamanya berhubung penyakit jarang jumpa, penggunaan teknologi dan AI dalam kesihatan serta penyelidikan.

Selain itu, kunjungan hormat tersebut juga membincangkan mengenai cadangan kolaborasi antara syarikat-syarikat Sweden dan KKM dalam menyumbang kepada pelbagai bidang kesihatan berdasarkan keperluan semasa dan kepentingan Malaysia.

Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan En. Ludvig Hermansson, Pesuruhjaya Perdagangan Sweden.

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-01-24 15:16:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page