23 Januari 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan hadir ke Aktiviti Jom Sihat bersama Komuniti di Taman Perpaduan, Kuching,Sarawak.
Program Jom Sihat Bersama Komuniti 2025 ini adalah satu program YB Timbalan Menteri Kesihatan sempena Program Jelajah Borneo yang bermula di Kuching.
Program Jom Sihat seumpama ini pernah dilaksanakan pada tahun 2014 di Limbang dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penjagaan kesihatan melalui senaman.
Seramai 350 orang dari pelbagai pelusuk masyarakat turun bagi memeriahkan aktiviti ini yang dimulakan dengan senamrobik dan kemudian acara flag off berjalan 10,000 langkah yang disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri.
Turut hadir YBrs Dr Veronica Lugah, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs Dr Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-01-24 15:21:15 daripada UKK Norhanita














