24 Januari 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan Program Jelajah Borneo dengan lawatan ke Klinik Kesihatan (KK) Singai di daerah Bau.
KK Singai telah siap untuk menerima lebih ramai pesakit untuk mendapatkan rawatan setelah bangunan baharu bagi rawatan pesakit luar siap pada penghujung 2024 dan dijangka memulakan operasinya pada Februari 2025.
Klinik kesihatan ini telah beroperasi sejak 33 tahun lalu dan memberi manfaat kepada 15 buah kampung yang menempatkan seramai lebih 13,000 penduduk.
Walau hanya terletak kira-kira 12 km daripada Hospital Bau, klinik ini berfungsi di tahap terbaik iaitu dengan menawarkan perkhidmatan bagi rawatan penyakit akut, kronik, kecemasan & prosedur, pemeriksaan perubatan dan bakal jemaah haji, saringan kesihatan umum dan mental, fisioterapi, klinik ibu dan anak serta perkhidmatan lawatan kepada pesakit kanser di rumah (kes-kes palliatif).
Turut hadir Dr. Veronica Lugah, Pengarah JKN Sarawak, Dr. Johnny Pangkas, Pengarah Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching, Dr Kannan Ramakrishnan, Pegawai Perubatan mewakili PKD Bau, Dr. Rahmah Rambli, Pakar Perubatan Keluarga KK Singai dan Dr Gerald Sim Lai Meng, Pegawai Perubatan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-02-04 14:05:56 daripada UKK Norhanita








 SINGAI/2.jpg)
 SINGAI/3.jpg)
 SINGAI/4.jpg)
 SINGAI/5.jpg)

