24 Januari 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan sesi dialog bersama para pengurus premis di UTC Kuching.
Dalam sesi perbincangan pada petang tadi YBTMK telah mendapatkan pandangan agar semua pihak dapat mencapai titik persefahaman dalam usaha menzahirkan premis makanan yang lebih selesa, indah dan bersih, menawarkan menu sihat serta mewujudkan negara yang sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok pada tahun 2040.
Pada masa sama, Program Walkabout BeBAs diadakan hari ini bagi memperkasakan masyarakat dalam memastikan kebersihan premis makanan dan kepatuhan larangan merokok sentiasa dipatuhi. Pelan Tindakan Penambahbaikan (Improvement Action Plan) perlu dilaksanakan secara berterusan susulan pelaksanaan program ini ke seluruh negara.
Turut hadir YBhg Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs Tuan Ts. Mahamad Sukor bin Senapi, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, YBhg Datuk Haji Zaiedi bin Haji Suhaili, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan YBhg Dato Dr. Chin Zin Hing, Penasihat (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YBrs Tuan Councillor Tan Kai, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, YBhg Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan YBrs Encik Mohammad Nurzain Bin Abdul Rahim, Pengurus Operasi UTC Sarawak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-02-04 14:11:01 daripada UKK Norhanita













