24 Januari 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya “BeBAs” di Topspot Seafood Food Court.
Program Walkabout BeBAs di Sarawak ini merupakan lokasi ke-sebelas (11) sejak ia dilancarkan pada Februari 2024.
Program ini melibatkan penyertaan tiga (3) Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tiga (3) persatuan peniaga, yang menggambarkan pendekatan seluruh masyarakat (ataupun 'whole-of-society approach') dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, 2024 [Akta 852] dan Akta Makanan 1983 [Akta 281] serta peraturan-peraturan di bawahnya.
Pada sesi walkabout kali ini, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 22 premis makanan di TopSpot Food Court dan kawasan di sekitarnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 14 premis makanan telah berjaya mendapat pengiktirafan premis “Bersih dan Selamat” (BeSS), dan kesemuanya mempunyai tanda larangan merokok.
Program pada hari tersebut juga turut mempromosikan Kempen War on Sugar. Melalui Kempen War on Sugar, elemen pengurangan gula yang mengetengahkan tagline ‘1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik!’ diterapkan dalam kalangan pengusaha premis makanan dan minuman di TopSpot Food Court Kuching.
Satu sesi libat urus dan advokasi telah dijalankan oleh pihak KKM kepada pengurusan dan pengusaha premis bagi mendapatkan komitmen mereka dalam melaksanakan Kempen War on Sugar.
Kerjasama dan sokongan pengusaha premis di sini dalam mengurangkan gula kepada 1 sudu teh bagi setiap minuman yang dipesan adalah sangat digalakkan.
Turut hadir YBhg Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs Tuan Ts. Mahamad Sukor bin Senapi, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, YBhg Datuk Haji Zaiedi bin Haji Suhaili, Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, YBhg Dato Dr. Chin Zin Hing, Penasihat (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, YBrs Tuan Councillor Tan Kai, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, YBhg Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan YBrs Encik Mohammad Nurzain Bin Abdul Rahim, Pengurus Operasi UTC Sarawak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-02-04 14:17:02 daripada UKK Norhanita








 DI TOPSPOT SEAFOOD FOOD COURT./1.jpg)
 DI TOPSPOT SEAFOOD FOOD COURT./2.jpg)
 DI TOPSPOT SEAFOOD FOOD COURT./4.jpg)
 DI TOPSPOT SEAFOOD FOOD COURT./5.jpg)
 DI TOPSPOT SEAFOOD FOOD COURT./6.jpg)

