26 Januari 2025- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 Bilangan 1/2025 yang dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi, Ketua Pengarah Kesihatan.
Mesyuarat ini telah membincangkan persediaan awal pelbagai mesyuarat dan program KKM sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025. Perbincangan tersebut meliputi:
• Persediaan logistik dan teknikal serta pegawai KKM bagi mesyuarat-mesyuarat ASEAN 2025;
• Cadangan aktiviti promosi dan publisiti sempena ASEAN 2025; dan
• Kesiapsiagaan kesihatan dan keselamatan sepanjang tempoh penganjuran ASEAN 2025.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen KKM dalam memastikan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dilaksanakan dengan jayanya, selaras dengan tema dan visi kesihatan serantau.
#KepengerusianASEANMalaysia2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-02-04 14:22:59 daripada UKK Norhanita













